Ramai yang tanya saya, #VMC ni di bawah syarikat insuran atau syarikat takaful yang mana satu? Prudential BSN? MAA? AIA? Takaful Ikhlas? Great Eastern? Etiqa? Lain-lain? Jawapannya adalah MXM. Sebenarnya VMC ini terhasil daripada gabungan Lima (5) entiti yang berbeza iaitu:-
2. PATHLAB Health Management (PHM)
3. PATHLAB
4. Asia Assistant (AAN)
5. Lonpac Insurance atau Archipelago.
MXM International Sdn Bhd
MXM bertindak sebagai Program Manager atau Centre kepada product VMC. MXM yang menguruskan pendaftaran ahli baru, pembaharuan polisi ahli, claim or reimbursement, komisyen agent dan lain-lain lagi.
PATHLAB Health Management (PHM)
Corporate Agent sebenarnya mempunyai bisnes utama yang tersendiri tetapi menawarkan juga produk perlindungan atau takaful ni dalam bisnes mereka. Kita ambil contoh mudah iaitu syarikat Air Asia. Bisnes utama mereka adalah penerbangan tetapi anda pernah juga dengar tentang insuran under Air Asia ni kan?
Begitu juga dengan Pos Malaysia. Adakah pekerja atau staff Pos Malaysia yang berada di depan kaunter berurusan dengan pelanggan mempunyai lesen untuk menjual produk insurance? Tidak, tetapi mereka tetap juga menawarkan perkhidmatan insurance bukan? Ini kerana walaupun mereka tidak mempunyai lesen individu tetapi mereka menggunakan lesen daripada corporate agent mereka iaitu Pos Malaysia.
Jadi, begitu jugalah dengan kami sebagai Independent Agent atau Membership Advisor. Kami menggunakan lesen daripada PHM sebagai corporate agent yang membolehkan kami untuk membawa produk VMC ini dipasaran secara sah.
PATHLAB
PATHLAB merupakan kumpulan ujian perubatan yang terbesar di Malaysia. Peranan PATHLAB dalam VMC ini adalah sebagai Program Partner yang menawarkan Voucher Ujian Saringan Kesihatan kepada semua ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas. Jom kenali PATHLAB dengan lebih lanjut.
ASIA ASSISTANT (AAN)
AAN juga merupakan Program Partner yang telah dilantik sebagai Third Party Admistration yang akan menguruskan Guarantee Letter (GL). AAN menawarkan bantuan kemasukan ke hospital untuk 24 jam di seluruh Malaysia dan luar negara. Ini akan memudahkan lagi para pelanggan atau pengguna serta semua agent di serata tempat.
LONPAC Insurace atau Archipelago
LONPAC atau Archipelago merupakan Underwriter untuk produk VMC. Mereka bertindak sebagai pengeluar polisi dan menawarkan manfaat perubatan kepada ahli.
Perbezaan Lonpac dan Archipleago adalah dari segi sijil patuh syariah. VMC mempunyai dua (2) produk iaitu insurance konvensional dan takaful.
Lonpac adalah underwriter untuk semua produk insurance konvensional, manakala Archipelago adalah underwriter untuk semua produk takaful.
BUSINESS MODEL