Extra Tips



1) HAD TAHUNAN @ ANNUAL LIMIT - Ini adalah jumlah yang boleh ahli claim setiap tahun. Ini adalah jumlah yang sangat penting untuk diketahui. Pastikan had tahunan anda melebihi RM200,000.00 SETIAP TAHUN! Jika tidak, bersiap sedialah untuk "rompak" duit simpanan anda di bank atau pinjam sedara mara atau kawan-kawan untuk topup baki kos rawatan yang tidak cukup tu.

Had tahunan VMC bukan RM100K, bukan juga RM150K, tetapi had tahunan VMC adalah serendah RM202,500 malah ada plan VMC yang Tiada Had Tahunan. Jika sebelum ini kita mencari-cari medical card yang offer annual limit yang tinggi, tetapi sekarang sudah ada medical card yang offer No Annual Limit.  Jadi, anda tidak perlu risau untuk tambah apa-apa duit sebab insyaAllah semua perbelanjaan perubatan tu VMC cover dengan cukup.



2) HAD SEUMUR HIDUP @ LIFETIME LIMIT. Jumlah ini memang nampak tinggi, ada yang RM1 juta, ada yang RM2 juta malah ada yang unlimited. Tetapi ketahuilah bahawa ia hanyalah "gimik", kerana belum pernah berlaku lagi kes pelanggan yang tidak cukup had seumur hidup. Tapi ramai yang terpaksa bayar sendiri apabila tak cukup had tahunan. Jadi fokus kepada annual limit, bukan lifetime limit. 

Untuk pengetahuan anda, apa pun pakej atau plan yang VMC tawarkan, kesemuanya tiada had seumur hidup, No Lifetime Limit.



3) Lihat KADAR SUMBANGAN, ia pasti akan meningkat dalam tempoh tertentu. Setakat ini belum ada medical card yang kadar bayarannya tetap. Ini kerana kos perubatan sentiasa meningkat. Jangan tertipu jika ada yang kata harga takkan naik, pasti ada hidden info. 

Kadar sumbangan VMC juga tidak lari daripada isu ini. Namun begitu, kelebihan VMC adalah syarikat akan review semula 3 tahun sekali berdasarkan keadaan ekonomi semasa, pendaftaran ahli baru dan juga jumlah kes claim. Kebiasaanya, caruman VMC sama ada sama mengikut kadar asal ataupun meningkat sedikit. Apa yang pasti, manfaat plan VMC juga akan meningkat sebanyak 10%. Jadi, jika caruman meningkat tidaklah ralat sangat sebab manfaat pun meningkat.



4) Pilih plan yang tiada KO-TAKAFUL, yang bermaksud bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan sekiranya dimasukkan ke hospital (kebiasaanya 10% daripada bil keseluruhan rawatan). Mungkin ada, mungkin tiada. Jadi, semak polisi atau tanya agent sebelum anda melanggan.

VMC tiada KO-Takaful, sebab itu VMC boleh cover 100%.




5) KO-PAYMENT, bayaran yang perlu dibayar sekiranya pelanggan upgrade bilik ke bilik yang melebihi kadar medical card yang ditetapkan. Jangan terkeliru dengan Ko-Takaful, Dua istilah berbeza. Sekiranya pelanggan masuk ke bilik rawatan yang melebihi kadar yang ditetapkan, maka mereka perlu menanggung bayaran sebanyak 10% atau 20% daripada jumlah keseluruhan bil perubatan. Pastikan had bilik anda tinggi  untuk mengelakkan sebarang ko-payment nanti.



6) FASAL PENGECUALIAN. Ini perkara yang AMAT PENTING dalam apa jua polisi. Cari perkara ini dalam polisi dan baca situasi-situasi yang pelanggan tidak layak untuk membuat sebarang claim jika dimasukkan ke hospital. Setiap polisi syarikat mempunyai klausa berbeza-beza antara satu sama lain. Apply time muda dan sihat, insyaAllah tiada masalah.



7) KLAUSA PENGUBAHAN POLISI. Pastikan polisi tidak boleh diubah dan kekal sama seperti yang asal. Ini kerana, jika pihak syarikat meletakkan syarat mereka boleh ubah polisi pada bila-bila masa & sesuka hati tanpa persetujuan kita, maka mereka boleh ubah polisi asal. Contohnya had tahunan RM100k, diubah kepada had tahunan RM50k. Kalau nak ubah had tahunan dari RM100k ke RM200k setahun baguslah juga kan.

Syarikat tidak akan membuat sebarang perubahan pada polisi VMC sesuka hati tanpa persetujuan pemegang polisi . Jadi, ini dapat menjadikan kita lebih terjamin & elak dari kena aniaya.



8) PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC) bermaksud, syarikat takaful berhak menarik balik produk medical card dari pasaran degan memberi notis tertentu kepada pelanggan. Pastikan polisi awak tiada klausa ini. 

VMC tiada PWC.



9) GUARANTEED RENEWAL. Pastikan polisi anda guaranteed renewal. Jika tidak, bila-bila masa sahaja anda boleh di "terminate" selepas mendapatkan  rawatan untuk sesuatu penyakit.

Polisi VMC adalah guarantee renewal. Bermaksud, anda guna atau claim banyak mana pun, polisi dijamin boleh diperbaharui. Tak semua polisi ada jaminan macam ni tau.



10) TEMPOH MENUNGGU, ini adalah tempoh permulaan polisi berkuat kuasa sepenuhnya. Bukan bila dapat medical card terus boleh guna ye. Kebiasaan tempoh matang adalah 120 hari. Of course kena pilih tempoh yang paling cepat.

Tempoh menunggu untuk mula claim VMC adalah seawal 30 hari & ini adalah waiting period paling cepat bagi semua medical card di Malaysia. 



11) LAWATAN DOKTOR. Setiap kali kemasukan hospital, ada jumlah tertentu lawatan doktor ke atas pesakit. Jika had lawatan doktor hanya sehari sekali, maka sekiranya ada 2 lawatan doktor dalam sehari tu, jadi kos lawatan doktor yg kedua perlu ditanggung sendiri oleh pemegang polisi. Jadi, dapatkan info yang sahih dari agen.

VMC cover dua (2) kali lawatan doktor setiap hari.



12) OUTPATIENT TREATMENT FOR CANCER & DIALYSIS. Ada syarikat yang mengasingkan had rawatan pesakit luar daripada plan had tahunan. Maksudnya, kita kena bayar lebih untuk dapatkan manfaat ini. Jadi, klausa ini juga sangat penting kerana ramai yang menghidap sakit buah pinggang perlukan rawatan melebihi RM30,000 setahun untuk kos dialysis. Pesakit kanser juga perlukan dana RM30,000 lebih untuk rawatan kimoterapi setiap tahun. 

Semua plan VMC  sudah termasuk manfaat ini dengan menawarkan RM24,000 sehingga RM160,000 untuk setiap tahun. 



13) Stand-alone VS Saving plan?

Standalone adalah medical card yang tidak disertai dengan saving. Stand-alone lagi murah dan menawarkan manfaat yang sangat tinggi.

Saving Plan adalah  simpanan yang ada sekali dalam medical card. Tapi kena faham betul-betul konsepnya ya, sebab bukan 100% duit caruman itu akan disimpan dan dilaburkan. Contohnya, caruman bulanan RM200. Mungkin nisbah adalah seperti (RM150 perubatan, RM50 simpanan). Dan sekiranya kita berhenti polisi dalam masa kurang dari 6 tahun, kemungkinan besar jumlah saving hanya RM0 ke RM500 sahaja. Sudah pasti caruman bulanan lagi tinggi.